Wednesday, December 30, 2009

Berpuasa

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (surah al Baqarah:183)

Antara kerja-kerja amal yang membawa kepada takwa kepada Allah s.w.t. ialah melakukan amalan puasa. Selain daripada puasa pada bulan Ramadhan terdapat juga puasa sunat iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Berpuasalah kerana Allah s.w.t. semoga mencapai tahap ketakwaan kepada Allah s.w.t. Orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t. sentiasa mencari jalan supaya mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sedangkan orang yang tak kesah puasa, solat dan sebagainya itu tentulah tidak ada ketakwaan dalam hatinya. Macam mana nak buat...

Berdoalah semoaga Allah s.w.t. masukkan kita dalam golongan yang bertakwa kepadaNya.